Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    35 warga asing maut dalam nahas bas Saudi

    RIYADH, 17 OKT – Seramai 35 warga asing terkorban manakala empat lagi cedera selepas bas sewa khas dinaiki bertembung dengan sebuah kenderaan berat dekat bandar suci Madinah, lapor media kerajaan Arab Saudi hari ini.

    Saudi Press Agency (SPA) yang memetik jurucakap polis berkata, kemalangan berlaku malam semalam melibatkan pelanggaran antara sebuah bas sewa persendirian…dengan sebuah kenderaan berat dekat bandar yang terletak di kawasan barat.

    Mereka yang terbabit adalah jemaah Arab Saudi dan Asia yang sedang membuat perjalanan dari Madinah ke Mekah, menurut media tempatan, yang menyiarkan gambar keadaan bas terbakar dan tingkap pecah berkecai.

    Mangsa yang cedera sudah dipindahkan ke Hospital Al-Hamna untuk rawatan dan pihak berkuasa telah melancarkan siasatan terhadap punca kemalangan itu.

    Manakala akhbar Okaz pula melaporkan mangsa-mangsa terdiri daripada ekspatriat yang tinggal di negara itu dan mereka yang sedang mengerjakan umrah.

    Putera Faisal bin Salman, gabenor rantau Madinah, menyampaikan takziah kepada keluarga mangsa, kata SPA.

    Kerakyatan mangsa masih belum diketahui namun Perdana Menteri India Narendra Modi juga menghantar ucapan takziah beliau. – AFP

    Pihak berkuasa telah melancarkan siasatan ke atas pelanggaran bas sewa khas dan kenderaan berat yang mengorbankan 35 warga asing manakala empat lagi cedera. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda