Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    352 suspek penipuan diserah kepada China

    BEIJING, 1 APRIL – Kementerian Keselamatan Awam China pada hari ini berkata polis Myanmar menghantar pulang 352 warga China ke negara itu yang disyaki terlibat dalam penipuan telekomunikasi pada 31 Mac.

    Dalam operasi penguatkuasaan undang-undang bersama pertama antara polis China dan Myanmar di wilayah Muse, utara Myanmar, seramai 807 suspek yang terlibat dalam penipuan telekomunikasi rentas sempadan telah ditangkap.

    Daripada jumlah itu, 352 adalah warga China manakala 455 adalah warganegara Myanmar yang dikendalikan oleh polis Myanmar. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda