Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV – Polis Daerah Sibu berjaya menahan 36 individu dalam Operasi Tapis Narkotik yang dijalankan secara proaktif dari 17 hingga 19 November 2025, kata Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili.

    Beliau berkata mereka yang ditahan terdiri daripada 33 lelaki dan tiga wanita dan seorang ditahan di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 12(3) ADB 1952 (empat), manakala Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 (31).

    “Polis turut merampas 6.56 gram dadah disyaki syabu dengan nilai anggaran RM750 sepanjang operasi tersebut dan kesemua suspek yang ditahan telah didakwa di mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

    Zulkipli berkata Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik akan terus mempertingkatkan tindakan bagi membanteras kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah. – Bernama

    36 individu dalam Operasi Tapis Narkotik yang dijalankan secara proaktif dari 17 hingga 19 November lalu. – Gambar TVS
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda