Tuesday, May 13, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    36 maut bas terjunam

    KOLKATA, 30 Jan – Kira-kira 36 orang terbunuh di timur negeri India Bengal Barat awal semalam selepas sebuah bas penumpang merempuh jambatan dan terjunam ke sungai, menurut polis.

    Siasatan awal dan keterangan saksi berkata pemandu bas, yang turut terbunuh dalam kemalangan itu, telah hilang kawalan ketika cuba memotong sebuah kenderaan lain di jambatan.

    Bas itu merempuh ke bahagian tepi jambatan sebelum menjunam 12 meter ke sungai Bhairav.

    “Pasukan penyelamat telah mengeluarkan 36 mayat setakat ini. Sembilan penumpang telah dimasukkan ke hospital,” menurut menteri pengangkutan Subhendu Adhikari kepada AFP.

    Pasukan penyelamat percaya terdapat lebih dari 50 penum-pang dalam bas ketika kemalangan berlaku.

    Pasukan penyelamat membawa naik sebuah bas yang kemalangan selepas terjunam ke dalam sungai. Kira-kira 36 penumpang maut akibat kejadian berkenaan, kelmarin – AFP

    Kerja-kerja menyelamat di tapak kemalangan di daerah Murshidabad, kira-kira 187 batu dari ibu negeri Kolkata, diteruskan sehingga lewat malam semalam.

    “Kami bimbang sesetengah penumpang dihanyutkan apabila kaca tingkap pecah selepas perlanggaran,” kata Adhikari.

    Mangsa termasuk kira-kira sembilan wanita dan empat kanak-kanak.

    Bas tersebut tenggelam hingga terdampar di dasar sungai sehingga pekerja kecemasan mengheretnya ke tebing sungai.

    Pekerja menyelamat seterusnya menggunakan pemotong besi untuk memotong kenderaan itu dan mengeluarkan mayat mangsa.

    Sekurang-kurangnya 32 orang terbunuh dalam satu lagi kemalangan jalan raya selepas sebuah bas terjunam ke dalam sebatang sungai di barat negeri Rajasthan pada Disember lalu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda