Monday, October 21, 2024
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    36 sertai bengkel pelajari asas, disipilin tadabbur Al-Quran

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 OKT – Jawatankuasa Takmir Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit dengan kerjasama Pusat Dakwah Islamiah (PDI), Kementerian Hal Ehwal Ugama telah mengadakan Bengkel Pengenalan kepada Asas dan Disiplin Tadabbur Al-Quran anjuran bertempat di Dewan Serbaguna, PDI baru-baru ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Haji Amir Hisham bin Haji Masri yang juga menyempurnakan penyampaian sijil kepada peserta-peserta bengkel.

    Bengkel berkenaan dihadiri oleh 36 peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai PDI, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Jabatan Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Kementerian Pertahanan, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah serta Da’ie Bertauliah Majlis Ugama Islam Brunei.

    Bengkel yang diadakan bertujuan untuk memperkenalkan asas-asas dan disiplin dalam memahami dan mentadabbur Al-Quran sebagai panduan utama bagi umat Islam dan disampaikan oleh penceramah undangan iaitu Pengarah Urusan dan Felo Pendidik di Tadabbur Centre Sdn Bhd, Malaysia, Yang Mulia Awang Syahmi Syazeril bin Azmi.

    Sepanjang bengkel berkenaan, para peserta diberi peluang untuk menambah pengetahuan dan kemahiran dalam menghayati isi kandungan Al-Quran selaras dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengenai kepentingan mentadabbur Al-Quran.

    Bengkel berkenaan juga turut diadakan sempena sambutan sepuluh tahun Majlis Perasmian Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit pada 18 Julai yang lalu.

    Suasana semasa bengkel berkenaan.
    Haji Amir Hisham menyampaikan penghargaan kepada Awang Syahmi Syazeril.
    Atas & Bawah: Antara yang hadir ke bengkel berkenaan.
    – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN PDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda