Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    36 suspek militan dicekup

    JAKARTA, 17 OKT – Unit elit antikeganasan Indonesia mengadakan kempen yang agak sibuk, memerangi suspek militan dalam masa 24 jam menjelang majlis angkat sumpah presiden yang akan dihadiri oleh pemimpin-pempin serantau dan perwakilan-perwakilan asing Ahad ini.

    Sekurang-kurangnya 36 suspek sudah pun ditahan oleh skuad antikeganasan, dikenali sebagai Densus 88 di lapan wilayah, termasuk di pulau pelancongan Bali, jurucakap polis kebangsaan, Dedi Prasetyo menjelaskan hari ini. Tindakan keras itu susulan maklumat kemungkinan serangan ke atas polis dan tempat-tempat ibadat dalam beberapa kawasan.

    Minggu lalu, pasangan militan diberkas kerana menikam menteri keselamatan Indonesia, Wiranto yang kini semakin pulih daripada kecederaannya.

    Presiden Joko Widodo yang mengangkat sumpah Ahad ini di ibu negara Jakarta, mengarahkan pasukan keselamatan untuk memburu rangkaian militan yang bertanggungjawab ke atas serangan itu. – AP

    Dedi Prasetyo (belakang) ketika sidang media mengemukakan suspek militan yang ditangkap di Jakarta susulan cubaan membunuh menteri keselamatan Indonesia, Wiranto dan menjelang majlis angkat sumpah Presiden Joko Widodo hujung minggu ini. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda