Sabtu, 22 November 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    364 mangsa kebakaran Tawau terima bantuan

    TAWAU, 11 MAC – Nasib 364 mangsa kebakaran di Kampung Tanjung Batu Logpond di sini mendapat perhatian kerajaan Sabah yang mengumumkan bantuan membeli peralatan rumah membabitkan peruntukan RM970,000 selain pemberian wang ihsan.

    Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata kerajaan negeri memberikan bantuan pembelian peralatan rumah RM20,000 kepada 45 rumah yang musnah 100 peratus dalam kejadian kebakaran itu, manakala RM10,000 untuk tujuh rumah yang hangus sebahagian.

    “Saya tidak dapat gambarkan perasan mangsa yang terlibat, kita kena cari jalan untuk bina rumah semula, ini pun difikirkan oleh kerajaan dan untuk itu kerajaan akan beri bantuan beli peralatan rumah,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan bantuan wang ihsan kerajaan negeri kepada 72 ketua keluarga mangsa kebakaran Kampung Tanjung Batu Laut Logpond, di sini hari ini.

    Kira-kira 52 rumah terlibat dalam kebakaran yang menyebabkan 364 mangsa terjejas dan tinggal sehelai sepinggang pada kejadian Rabu lepas.

    Dalam pada itu, Hajiji berkata menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk memastikan kepentingan penduduk yang diuji bencana terjaga. – Bernama

    Mangsa kebakaran, Muhaidi Abdul Rahman mencari sisa-sisa yang masih boleh digunakan di tapak rumahnya yang musnah dalam kebakaran di Kampung Tanjung Batu Laut Logpond, baru-baru ini. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda