Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    37 individu di Kampung Panchor terima sumbangan

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 APRIL – Dalam sama-sama memupuk amalan bersedekah dalam kehidupan harian, Biro Wanita Majlis Perundingan Kampung (MPK) Kawasan 2 RPN Kampung Panchor, Mentiri telah berjaya mengungkayahkan Projek Amal Indahnya Berbagi pada Bulan Mulia.

    Sehubungan itu, projek amal berkenaan telah menyasarkan sumbangan kepada 37 orang penerima secara keseluruhannya terdiri daripada ibu-ibu tunggal dan golongan yang memerlukan dalam kalangan penduduk di RPN Kampung Panchor, Mentiri.

    Hadir bagi mengetuai penyerahan sumbangan kepada para penerima di kediaman masing-masing ialah Ketua Kampung Kawasan 2 RPN Kampung Panchor, Mentiri, Haji Muhd Eddie Hardey bin Haji Ibrahim berserta ahli-ahli MPK di kampung berkenaan.

    Turut serta dalam menghulur sumbangan bagi menjayakan projek berkenaan ialah Persatuan Siswazah Wanita (PSW) Negara Brunei Darussalam.

    Dengan adanya usaha murni itu, pihak Biro Wanita MPK Kawasan 2 RPN Kampung Panchor, Mentiri berharap ia dapat sedikit sebanyak memberikan keceriaan dan berkongsi kegembiraan kepada ibu-ibu tunggal dan golongan yang memerlukan lebih-lebih lagi pada saat masyarakat Islam membuat persiapan menyambut kedatangan bulan Syawal setelah menjalani ibadah puasa.

    Haji Muhd Eddie semasa mengetuai penyerahan sumbangan bagi Projek Amal Indahnya Berbagi pada Bulan Mulia anjuran Biro Wanita MPK Kawasan 2 RPN Kampung Panchor, Mentiri. – GAMBAR OLEH NURDIYANAH R.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda