Oleh Daniel Lim –
BELAIT, 19 MEI – Seramai 37 orang tampil mengambil bahagian dalam kempen derma darah anjuran Persatuan Foochow Kuala Belait dengan kerjasama Hospital Suri Seri Begawan bertempat di bangunan utama persatuan di Jalan Bunga Simpur, Kuala Belait kelmarin.
Untuk memeriahkan acara, persatuan itu turut mengadakan cabutan bertuah dengan menawarkan pelbagai hadiah menarik yang dimenangi oleh semua peserta yang menderma darah.