LIMA, 13 NOV – Sekurang-kurangnya 37 orang terbunuh dan beberapa yang lain cedera kelmarin apabila sebuah bas antara wilayah terbabas dan terjunam ke dalam gaung di Wilayah Arequipa, selatan Peru, memetik laporan media tempatan.
Radio Programas del Peru melaporkan kemalangan itu berlaku di Lebuh Raya Pan-Amerika Selatan selepas bas berkenaan bertembung dengan sebuah lori sebelum terjunam ke dalam gaung.
Pasukan bomba, polis dan penyelamat sedang berusaha mengeluarkan mangsa yang cedera dan membawa mereka ke hospital berhampiran.
Pihak berkuasa telah melancarkan siasatan berhubung nahas itu. – Bernama


