KANO, NIGERIA, 20 DIS – Sekurang-kurangnya 37 orang terbunuh selepas diserang penyamun dalam dua kejadian di Kuara, di negeri Kaduna, Nigeria.
“Penyamun telah menyerang masyarakat di kawasan saya dan membunuh 37 orang,” kata pentadbir daerah Kaura, Atuk Stephen semalam, lapor agensi Anadolu.
Stephen berkata serangan itu berlaku pada Ahad malam di komuniti Malagum dan Sokwong.
“Penyamun membakar kira-kira 100 buah rumah ketika penghuni sedang tidur. Kejadian ini sangat memilukan,” katanya. – Bernama


