Thursday, February 20, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    37 maut kemalangan bas di Kashmir

    SRINAGAR, 15 NOV – Kira-kira 37 orang maut di Kashmir yang ditadbir India hari ini apabila bas penumpang terbabas dari jalan pergunungan dan terjunam ke dalam gaung yang dalam, kata polis.

    Kemalangan itu berlaku di jalan terpencil di kawasan Doda, kira-kira 200 kilometer tenggara ibu kota wilayah itu, Srinagar.

    Pegawai kerajaan tempatan Harvinder Singh memberitahu AFP bahawa 37 orang maut.

    Polis berkata mereka bimbang jumlah kematian boleh meningkat, dengan sekurang-kurangnya 18 orang cedera dalam nahas itu dibawa ke hospital, kata pegawai.

    Kemalangan itu ‘disebabkan oleh kecuaian pemandu yang melanggar penghadang jalan raya’, kata pegawai polis Sunil Gupta.

    Anggota polis berdiri berhampiran bas yang remuk di kawasan Doda. – AFP

    “Bas itu terjunam ke bawah gunung kira-kira 250 meter,” katanya.

    Klip video dari tapak itu menunjukkan adegan mengerikan beberapa mayat, ketika penyelamat cuba membantu mangsa yang cedera.

    Sementara itu, Perdana Menteri, Narendra Modi berkata, kemalangan itu ‘memberikan penderitaan’ dan mengucapkan ‘takziah kepada keluarga yang kehilangan orang terdekat dan tersayang’.

    “Saya berdoa agar mereka yang cedera segera pulih,” katanya di media sosial, sambil menambah pampasan kerajaan lebih daripada AS$2,400 akan ditawarkan kepada waris mangsa yang maut dan AS$600 kepada mereka yang cedera.

    Menteri Dalam Negeri, Amit Shah berkata dalam satu catatan di X, bahawa dia ‘sangat sedih untuk mengetahui tentang kehilangan nyawa yang berharga’.

    “Pentadbiran tempatan sedang menjalan-kan operasi menyelamat di gaung di mana bas itu mengalami kemalangan.”

    Kemalangan sering berlaku di jalan raya di India, yang selalunya tidak diselenggarakan dengan baik.

    Negara itu menyumbang 11 peratus daripada jumlah kematian jalan raya global, walaupun hanya mempunyai satu peratus daripada kenderaan dunia, menurut laporan Bank Dunia yang dikeluarkan pada 2021. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda