37 pain darah dikumpulkan

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 MEI – Sebanyak 37 pain darah telah berjaya dikumpulkan dalam kempen menderma darah anjuran Syarikat Borneo United Enterprise Sdn Bhd yang diadakan di Pusat Pendermaan Darah (PPD), Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), kelmarin.

Turut menyertai kempen berkenaan ialah Pengarah Urusan Borneo United Enterprise Sdn Bhd, Stanley Lim Hock Ghim.

Kempen yang dianjurkan dengan kerjasama PPD itu disertai oleh pegawai dan kakitangan syarikat berkenaan.

Semasa kempen itu, para penderma menjalani pemeriksaan perubatan untuk memastikan mereka sihat untuk menderma darah. Para penderma yang berjaya turut disajikan hidangan ringan sepanjang kempen.

Ia merupakan kegiatan amal tahunan dan syarikat berkenaan berhasrat untuk terus mengadakan kempen tersebut bagi membantu mereka yang memerlukan.

Stanley Lim Hock Ghim turut menyertai kempen yang diadakan di Pusat Pendermaan Darah Hospital RIPAS. – Gambar oleh Syazwani Rosli