3,717 tamatkan pengasingan diri mandatori sejak Mac

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 JULAI – Negara Brunei Darussalam terus bebas COVID-19 apabila tiada kes baharu dicatatkan setakat 12 tengah hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kekal seramai 141 orang.

Kementerian Kesihatan dalam Siaran Akhbar Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, turut memaklumkan bahawa seramai 436 orang kini sedang menjalani pengasingan diri mandatori, manakala itu, seramai 3,717 orang telah menamatkan pengasingan diri mandatori sejak Mac 2020.

Sementara itu, dalam tempoh 24 jam yang lalu, sebanyak 461 sampel telah diuji bagi virus SARS-CoV-2 yang membawa jumlah keseluruhan ujian makmal dijalankan sejak Januari 2020 kepada 40,663 ujian.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, orang ramai boleh melayari laman web Kementerian Kesihatan iaitu www.moh.gov.bn atau menghubungi Talian Nasihat Kesihatan 148 atau melalui aplikasi healthinfo.gov.bn.