Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    3,768 kes keganasan rumah tangga setakat Jun 2025

    IPOH, 20 OGOS – Sebanyak 3,768 kes keganasan rumah tangga melibatkan mangsa berusia 36 hingga 45 tahun direkodkan di seluruh negara bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini, berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

    Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, berkata daripada jumlah itu 73 peratus atau 2,751 kes merupakan mangsa wanita, manakala 27 peratus atau 1,017 kes melibatkan mangsa lelaki.

    Beliau berkata Selangor merekodkan 687 kes, diikuti Perak melibatkan 653 kes, Johor (440), Kedah (379), Sabah (289), Sarawak (277), Kelantan (234), Pulau Pinang (157), Terengganu (146), Negeri Sembilan (141), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (120), Pahang dan Melaka masing-masing 103 kes serta Perlis (39).

    “Apabila kita buat advokasi seperti hari ini, lebih ramai yang melaporkan (kepada polis) sendiri… Mungkin kesedaran diri menyebabkan mereka tampil ke hadapan untuk membuat laporan, saya nak ambil peluang untuk nasihatkan semua (mangsa) supaya tampil ke hadapan (buat laporan polis). – Bernama

    Datuk Seri Dr Noraini Ahmad ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Program Advokasi Kesejahteraan Untuk Wanita @ Keganasan Rumah Tangga di Galasa Caldwell, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda