Saturday, March 15, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Persembahan keagamaan meriahkan malam Jubli Emas

    Oleh Hajah Saemah Kepli

    KUALA BELAIT, 4 Okt – Berbagai persembahan-persembahan bercorak keagamaan telah disajikan sebagai wadah rakyat memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T bersempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta bagi Daerah Belait, pada Persembahan Malam Keagamaan yang berlangsung di perkarangan kawasan lapang Gerai Tudung Saji, di sini, malam tadi.

    Majlis tersebut telah dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah sebelum persembahan-persembahan seperti Tausyeh, Nasyid, Dikir, Marhaban dan Selawat, diakhiri dengan Doa Peliharakan Sultan.

    Hadir menyaksikan Persembahan Malam Keagamaan itu ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara Daerah Belait, Yang Berhormat Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin dan Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohd Siput.

     

    (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)

    http://digital.mediapermata.com.bn

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda