Monday, December 23, 2024
28.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    38 maut dalam nahas bas Brazil

    SAO PAULO, 22 DIS – Kira-kira 38 orang terkorban dalam nahas bas di tenggara Brazil kelmarin, kata pegawai, di mana Presiden Luiz Inacio Lula da Silva menggelarnya sebagai ‘tragedi yang dahsyat.’

    Kemalangan di negeri Minas Gerais, yang melibatkan kebakaran bas dalam perlanggaran itu, adalah yang paling teruk di lebuh raya persekutuan Brazil sejak 2007, kata Polis Lebuhraya Persekutuan (PRF) kepada AFP.

    Polis awam mengesahkan 38 maut dengan sembilan orang lagi telah dimasukkan ke hospital.

    Menurut maklumat awal, satu blok granit ‘kemungkinan’ terkeluar dari sebuah trak yang menuju ke arah bertentangan, di mana ia kemudiannya terkena bas itu, kata PRF dalam satu kenyataan.

    Pemandu trak tersebut telah melarikan diri dari tempat kejadian, kata anggota bomba.

    Bomba pada awalnya berkata tayar bas itu telah meletup sekitar jam 4 pagi, menyebabkan pemandu hilang kawalan dan melanggar sebuah trak. Manakala sebuah lagi kenderaan turut melanggar bas dari belakang, kata pegawai, akan tetapi penumpangnya terselamat.

    Selepas kemalangan itu, bas yang dalam perjalanan dari Sao Paulo ke Vitoria da Conquista, di negeri timur laut Bahia, terbakar.

    Angka kematian meningkat sepanjang hari, dengan jurucakap jabatan bomba tempatan sebelum ini memberitahu AFP bahawa jumlah korban belum dapat dipastikan disebabkan oleh penyiasatan yang perlu dilakukan ke atas mayat. – AFP

    Gambar Pexels
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda