Monday, September 16, 2024
33.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    38 penerima biasiswa tandatangani perjanjian

    Oleh Sim Y.H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 SEPT – Seramai 38 orang penerima Biasiswa Kerajaan ke Luar Negeri telah menandatangani perjanjian di Majlis Menandatangani Perjanjian Dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia bagi Penerima Peringkat Ijazah Sarjana Muda Sesi Akademik 2024/2025 yang berlangsung di Dewan Bankuet, Bangunan Dewan Majlis, hari ini.

    Hadir untuk menyaksikan penandatanganan perjanjian berkenaan ialah Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan, Dr Haji Azman bin Ahmad.

    Pada majlis berkenaan, menandatangani perjanjian bagi pihak kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Pemangku Pengarah, Jabatan Pengurusan Biasiswa, Kementerian Pendidikan, Dayang Rosimah Sumaimah binti Haji Matassim.

    Sementara itu, para penerima biasiswa menandatangani perjanjian berkenaan dengan ditemani oleh dua orang penjamin.

    Dr Haji Azman hadir menyaksikan majlis penandatanganan perjanjian berkenaan. – GAMBAR OLEH SIM Y.H.
    Para penerima biasiswa menandatangani perjanjian yang ditemani oleh ibu bapa mereka semasa majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH SIM Y.H.
    GAMBAR OLEH SIM Y.H.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda