Ahad, 23 November 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    38 sertai lawatan ke Kuching

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 MAC – Rombongan seramai 38 orang, baru-baru ini, berpeluang mengunjungi tempat-tempat menarik di Kuching, Sarawak semasa percutian selama enam hari ke bandar raya berkenaan dengan menaiki bas.

    Diketuai oleh Haji Ibrahim bin Haji Ratu, rombongan juga berkesempatan mengunjungi Tamu Serikin di mana penjualnya terdiri daripada warga Indonesia dari Kalimantan Barat yang berjaja di sepanjang jalan menuju ke persempadanan Sarawak dan Kalimantan.

    Pelbagai barangan yang jarang dijumpai di mana-mana kedai juga boleh ditemui di tamu tersebut yang hanya dibukakan buat kunjungan orang ramai setiap hujung minggu dengan menawarkan harga yang cukup rendah dan berpatutan.

    Di samping itu, rombongan turut mengadakan lawatan ke tempat menarik lainnya termasuklah Pasar Satok selain meninjau suasana kawasan pusat pentadbiran negeri Sarawak yang menempatkan pejabat-pejabat kerajaan di Petra Jaya.

    Ahli rombongan turut berbesar hati kerana berpeluang berjumpa secara langsung dengan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Dr Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar semasa berada di Kuching.

    Tuan Yang Terutama merupakan Yang di-Pertua Negeri Sarawak kelapan yang mula dilantik pada 26 Januari lalu bagi menggantikan Allahyarham Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud yang telah menamatkan perkhidmatannya pada 25 Januari 2024.

    Ahli rombongan berkesempatan mengabadikan kenangan dengan bergambar ramai bersama TYT Tun Pehin Sri Dr Haji Wan Junaidi beserta isteri semasa lawatan berkenaan. – GAMBAR SERAHAN HAJI IBRAHIM BIN HAJI RATU
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda