Thursday, April 18, 2024
24 C
Brunei

    -

    38 terbunuh dalam runtuhan lombong emas

    KHARTOUM, 29 DIS – Sekurang-kurangnya 38 orang terbunuh kelmarin apabila sebuah lombong emas asas runtuh, kata seorang pegawai kerajaan.

    Kemalangan itu berlaku berhampiran Nuhud, sebuah bandar kira-kira 500 kilometer di barat Khartoum, kata Khaled Dahwa, ketua Syarikat Sumber Mineral milik kerajaan di Kordofan Barat.

    “Pengurus Besar Sudanese Mineral Resources Company Limited melaporkan kejadian 38 pelombong maut dalam runtuhan lombong Umm Draisaya,” menurut kenyataannya itu.

    Pegawai lain dalam syarikat itu berkata 4 orang pelombong telah maut di lombong yang sama pada Januari lalu.

    “Pihak berkuasa pada masa itu telah menutup lombong itu dan mengambil pekerja keselamatan tetapi beberapa bulan selepas itu mereka telah pergi,” katanya.

    Perlombongan emas artisanal adalah pekerjaan yang berbahaya di Sudan, sebahagian besarnya disebabkan oleh infrastruktur yang rosak.

    Ia berkembang sekitar sedekad yang lalu di beberapa bahagian negara, dengan orang ramai menggali tanah menggunakan mesin pengorek dengan harapan dapat mencungkil logam berharga itu.

    Sekitar dua juta pelombong artisanal telah memberikan sebanyak 80 peratus kepada penghasilan emas tahunan negara, sekitar 80 tan, menurut jumlah rasmi.

    Sudan, salah sebuah negara termiskin di dunia, baru-baru ini mengalami inflasi yang berterusan dan memulakan perubahan ekonomi, termasuk mengurangkan subsidi ke atas minyak petrol dan diesel, dan juga telah melancarkan ‘currency float’ yang terurus. – AFP/Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...