Tuesday, October 1, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    39 ahli POLSARA sertai lawatan ke Labuan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 OKT – Seramai 39 ahli Persatuan Anggota Polis DiRaja Brunei Yang Bersara (POLSARA) telah membuat lawatan ke Wilayah Persekutuan Labuan pada 27 hingga 29 September lalu.

    Rombongan yang diketuai oleh Yang Dipertua POLSARA,  Haji Yahya bin Hj Ibrahim telah melalui pelbagai aktiviti antaranya dipersembahkan dengan tarian dari anak-anak buah kampung, bertukar-tukar cenderamata kenangan dan juga melihat hasil kraftangan anak buah kampung tersebut.

    Pada hari kedua, rombongan berkenaan telah melawat ke Kg Patau-Patau 1, dialu-alukan oleh Ketua Kampong Patau-Patau 1, Wilayah Persekutuan Labuan, Yang Berbahagia Puan Fatimah binti Ahmad.

    Tujuan lawatan ada untuk mengeratkan lagi silaturahim dan persaudaraan yang sedia ada di antara Negara Brunei Darussalam dengan Wilayah Persekutuan Labuan.

    Atas & Bawah: Gambar ramai peserta rombongan berkenaan. – GAMBAR SERAHAN POLSARA

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda