Monday, July 8, 2024
23 C
Brunei

    -

    39 jatuh sakit akibat kebocoran gas

    SEPANG, 4 JULAI – Kebocoran gas di Southern Support Zone Sepang Aircraft Engineering, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini menyebabkan 39 mangsa jatuh sakit, kata seorang pegawai perkhidmatan kecemasan Malaysia.

    “Puluhan mangsa mengalami pening dan loya,” kata Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Muhammad Nur Khairi Samsumin dalam satu kenyataan.

    Tambahnya, 24 mangsa dibenarkan pulang, 14 lagi menerima rawatan di Unit Bencana Udara dan seorang dimasukkan ke hospital.

    Kesemua mereka yang terjejas bekerja untuk tiga syarikat yang beroperasi di kemudahan itu. Namun, insiden itu tidak mengganggu perjalanan udara di lapangan terbang terkemuka negara itu.

    Tinjauan Bernama mendapati pusat operasi telah dibuka sebagai kawalan risiko dengan beberapa jalan menuju ke tempat lokasi ditutup kepada orang awam.

    Insiden kebocoran bahan kimia dipercayai gas metana itu dilaporkan berlaku pagi tadi.

    Terdahulu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail dalam kenyataan memaklumkan Pusat Gerakan Operasi Negeri menerima panggilan kecemasan menerusi MERS 999 berkaitan kebocoran bahan kimia di lokasi berkenaan pada 11:23 pagi.

    Berikutan itu, 23 pegawai bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) KLIA serta pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) dari BBP Shah Alam dan JBPM Negeri Sembilan digerakkan ke lokasi kejadian. 

    Agensi lain yang terlibat dalam operasi itu termasuk Perkhidmatan Bomba dan Menyelamat Lapangan Terbang (AFRS), pasukan Aviation Security (AVSEC), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan, Jabatan Alam Sekitar dan Air Side Safety. – Bernama/AFP

    Pasukan Bomba dan Penyelamat, PDRM dan pasukan perubatan dilihat bersedia di sekitar kawasan kebocoran gas di Southern Support Zone Sepang Aircraft Engineering, KLIA. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua askar, enam suspek militan terbunuh dalam pertempuran di Kashmir

    NEW DELHI, 7 JULAI – Dua anggota tentera dan enam suspek militan terkorban dalam dua pertempuran berasingan di Kashmir yang ditadbir India, menurut polis, hari...