Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    39 maut, bas jatuh gaung

    BANDAR PANAMA, 16 FEB – Sekurang-kurangnya 39 orang maut selepas bas yang membawa pekerja migran yang menuju ke Amerika Syarikat (AS) terbabas sebelum merempuh bas mini di Panama, semalam.

    Penolong Pengarah Migran, Maria Isabel Saravia berkata 28 orang juga cedera dalam kemalangan itu,

    Bas yang membawa 66 penumpang, termasuk masing-masing seorang pemandu dan pembantu itu terbabas dan terjatuh ke dalam gaung dan merempuh sebuah bas mini di jalan raya di bawah, kira-kira 400 kilometer di barat bandar Panama, kata pesuruhjaya operasi transit polis, Emiliano Otero kepada wartawan.

    Menurut beliau, mangsa yang cedera, termasuk kanak-kanak sedang menerima rawatan di beberapa hospital dan klinik dan angka korban terbaharu adalah berdasarkan ‘maklumat awal.’

    AFP dimaklumkan tiga mangsa mengalami kecederaan parah dalam kemalangan itu.

    Bas itu sedang berjalan hampir 700 kilometer selama 14 jam dan sedang menuju ke sebuah hotel di Gualaca berdekatan sempadan Costa Rica, di mana penumpang dijangka berehat sebelum meneruskan perjalanan.

    Media tempatan berkata nahas berlaku ketika pemandu sedang membelok di selekoh selepas terlepas hotel. – AFP

    Lokasi di mana sebuah bas membawa pendatang bertembung dengan bas mini di Gualaca, Panama pada 15 Februari 2023. – AFP

     

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda