Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    39 maut serangan di stesen kereta api

    KRAMATORSK, UKRAINE, 8 APRIL – Satu serangan roket ke atas stesen kereta api di bandar timur di Ukraine, Kramatorsk telah membunuh puluhan jiwa hari ini ketika orang awam bergegas untuk meninggalkan wilayah Donbas.

    Seramai 39 orang terbunuh, termasuk empat kanak-kanak, menurut perkhidmatan keselamatan Ukraine, SBU, dalam serangan berdarah sejak peperangan enam minggu lalu.

    Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky melaporkan kira-kira 300 orang mengalami kecederaan, mengatakan serangan itu menunjukkan “kekejaman tanpa had.”

    Wartawan AFP yang berada di tempat kejadian menyaksikan mayat kira-kira 30 orang dikumpulkan dan ditutup dengan plastik bersebelahan dengan stesen, sebelum dimuatkan ke dalam trak tentera.

    Darah membasahi jalan-jalan dan beg bertaburan di luar bangunan sejurus selepas serangan.

    Serpihan roket besar tertulis “Demi anak kami” dalam bahasa Rusia terlihat berada di bangunan utama.

    “Saya sedang mencari suami saya. Dia berada di sini. Saya tidak menghubunginya,” kata seorang wanita memberitahu AFP, menangis sambil memegang telefon di telinganya.

    Bagasi, patung haiwan dan beg bertaburan di sekitar stesen dan seluruh platform, bersama-sama dengan serpihan manusia.

    Namubn, Kementerian Pertahanan Rusia memberitahu bahawa yang ia melakukan serangan adalah ‘tidak benar’.

    Pengeboman dibuat ketika Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen dan ketua dasar luar Kesatuan Eropah, Josep Borrell menuju ke Kyiv hari ini sebagai tanda perpaduan dengan Ukraine.

    Selepas lebih sebulan pencerobohan Presiden Rusia, Vladimir Putin ke atas Ukraine, Moscow memindahkan tumpuannya ke bahagian timur dan selatan negara selepas tentangan hebat mencalarkan rancangan mereka untuk menawan ibu kota Kyiv. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...