Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    39 nama pemenang dipilih

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 OGOS – Cabutan bagi memilih 39 nama pemenang Cabutan Bertuah Hari Raya AIFA 2023 berlangsung hari ini di kediaman Pengarah Urusan AIFA, Dr Andy Lau di Lambak.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan cabutan nama-nama pemenang ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd Yusof.

    Turut hadir ialah para peniaga yang mengambil bahagian semasa promosi cabutan bertuah berkenaan.

    Dr Andy Lau dalam ucapan alu-aluannya antara lain mengongsikan produk terbaharu AIFA selain merakamkan ucapan penghargaan kepada para peniaga atas sokongan mereka yang tidak putus-putus terhadap AIFA dan jenama-jenama di bawahnya.

    Beliau turut mengatakan bahawa AIFA terus mengorak langkah dengan mempelbagaikan konsep perniagaan mereka dan salah satu daripadanya adalah dengan memperkenalkan perniagaan Rent-to-Own di bawah nama Adnan.

    Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada wakil para peniaga bagi setiap pelanggan mereka yang bertuah semasa promosi hari raya yang berlangsung dari 20 Mac hingga 16 Julai lalu.

    Pemenang cabutan bertuah yang terpilih dalam cabutan itu akan dijemput ke majlis penyampaian hadiah pada tarikh yang akan diumumkan kemudian di mana mereka akan diberi peluang untuk memilih hadiah kemenangan.

    Cabutan nama-nama pemenang diadakan di kediaman Dr Andy Lau di Lambak. – Gambar oleh Muiz Matdani
    Dr Andy Lau ketika menyampaikan ucapan. – Gambar oleh Muiz Matdani
    Tetamu kehormat turut menyampaikan hadiah pemenang kepada wakil para peniaga. – Gambar oleh Muiz Matdani

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda