Wednesday, May 14, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    39 pasukan bakal berentap

    Oleh Mohamad Asyramisyanie

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Ogos – Sebanyak 39 buah pasukan telah mengesahkan penyertaan mereka pada Kejohanan Liga Bola Sepak dan Kejohanan Bola Sepak Persatuan Bolasepak Veteran, yang dianjurkan oleh Kelab Sukan Al-Idrus pada September nanti.

    Sehubungan itu, mesyuarat kali kedua pengurus-pengurus pasukan telah pun diadakan semalam di Hotel Al-Afiah, Kiulap, dengan membabitkan ahli jawatankuasa (AJK) tertinggi kejohanan, para pengurus pasukan dan perwakilan mereka yang akan menyertai kedua-dua kejohanan itu.

    Haji Ismail bin OKS Haji Tengah selaku pengerusi mesyuarat berkata kejohanan yang bakal diadakan itu telah mendapat kebenaran dan sokongan daripada Persatuan Bolasepak Kebangsaan Brunei Darussalam (NFABD) selaku badan induk sukan bola sepak di negara ini.

    Antara perkara yang disentuh pada mesyuarat itu ialah peraturan am kejohanan, pelantikan ketua-ketua dan AJK, penentuan kumpulan dalam Kejohanan Liga Bola Sepak dan undian bagi Kejohanan Bola Sepak Persatuan Bolasepak Veteran.

    Sementara itu, Kumpulan A akan disertai oleh Pasukan KB Warrior, Riwayat, Mix FT, MS Tawakal FC dan Kasat Mix, manakala Kumpulan B pula akan disertai oleh Majlis Sukan Polis Diraja Brunei, Cleas VFC, MBS United, Panaga 200 FC dan Paguma FT.

    Ahli jawatankuasa kejohanan ketika mengadakan mesyuarat kejohanan yang dikendalikan oleh Kelab Sukan Al-Idrus di Kiulap, baru-baru ini.

    Bagi Kumpulan C pula akan disertai oleh Pasukan BSRC Veteran, PSJD, Rimba Star, IV Team (DST) dan Azadi FT. Dalam Kumpulan D pula akan disertai oleh Pasukan ITF, Manggis FC, SM FC, Mengelela FC dan PMS.

    Dalam Kumpulan E pula akan menyaksikan persaingan antara Pasukan RB Veteran, Terazza FC, PBDB Veteran FT, Combine RSKA dan Bakes Veteran. Kumpulan F pula akan disertai oleh Pasukan AH United, Stoneville FT, MVFT (Mengkubau), BIP Veteran FC dan Mengkubau FT.

    Sementara itu, dalam Kumpulan G pula akan disertai oleh Pasukan Al-Idrus SC, Besa FC, AKSE Bersatu, Setia Bakti dan Gemilang Veteran. Dan kumpulan H pula akan menyaksikan empat pasukan iaitu Pasukan Al-Idrus FT, TJ FT (Tanah Jambu) Pondok 12 dan ASMPE FT.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda