Thursday, October 5, 2023
27.6 C
Brunei

    -

    39 pemenang bertuah dirai

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 SEPT – Seramai 39 pemenang Cabutan Bertuah Hari Raya Aifa 2023 telah membawa pulang hadiah-hadiah menarik pada majlis yang berlangsung di Ibu Pejabat Aifa Sdn Bhd, Lambak Kanan, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan cabutan ialah Pengarah Urusan Aifa Sdn Bhd, Dr Andy Lau yang antara lain merakamkan ucapan penghargaan kepada para peniaga atas sokongan mereka yang tidak putus-putus terhadap Aifa dan jenama-jenama di bawahnya.

    Dalam ucapan alu-aluannya, beliau turut mengatakan bahawa Aifa terus mengorak langkah dengan mempelbagaikan konsep perniagaan mereka dan salah satu daripadanya adalah dengan memperkenalkan perniagaan Rent-to-Own.

    Beliau juga berkata, di sebalik pemilihan seramai 39 pemenang, ia juga bersempena meraikan ulang tahun penubuhan ke-39 tahun Aifa Sdn Bhd.

    “Acara ini adalah cara syarikat mengucap terima kasih kepada pelanggan-pelanggan yang selama ini memberikan sokongan,” ujarnya lagi.

    Pemenang hadiah utama, Dayang Marani binti Abdullah, 50, ketika ditemu bual berkata bahawa beliau tidak menyangka akan membawa pulang sebuah TV 85 inci. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada syarikat Aifa atas hadiah yang diberikan, dan beliau berharap acara seumpama ini akan terus diadakan pada masa akan datang.

    Majlis menyaksikan tempat kedua dimenangi oleh Dayang Azmah binti Suhaimi yang membawa pulang peti sejuk LG dan hadiah ketiga berupa sebuah TV 75 inci dimenangi oleh Dayang Masnah binti Ayub. Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang bertuah kempen promosi hari raya yang berlangsung dari 20 Mac hingga 16 Julai lalu.

    Kakitangan Aifa bergambar bersama Dayang Azmah yang membawa pulang peti sejuk LG pada majlis tersebut. – Gambar oleh Muiz Matdani
    Dayang Marani bergambar bersama TV 85 inci yang dimenanginya dalam cabutan bertuah pada majlis yang berlangsung di Ibu Pejabat Aifa Sdn Bhd, Lambak Kanan, kelmarin. – Gambar oleh Muiz Matdani

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Iran ketatkan kawalan ke atas sekolah antarabangsa

    TEHRAN, 4 OKT - Ia merupakan permulaan penggal baharu di Iran tetapi tahun ini ia menyayat hati bagi pelajar di sekolah antarabangsa selepas keputusan...