39 positif, tiada kematian di M’sia

PUTRAJAYA, 7 MEI – Situasi COVID-19 di Malaysia terus menunjukkan tanda positif apabila 74 kes telah pulih dan dibenarkan discaj hari ini, hampir dua kali ganda berbanding kes baharu iaitu 39 kes setakat 12 tengah hari, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurutnya jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 4,776 kes iaitu 73.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Katanya kes positif COVID-19 kini berjumlah 6,467 kes, di mana jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,584 kes dan mereka telah diasingkan serta diberi rawatan.

“Daripada 39 kes baharu yang dilaporkan hari ini, satu kes import dilaporkan. – Bernama