Sunday, February 16, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    390 dikurniakan pingat kehormatan negara

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SER BEGAWAN, 25 JUN – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan Pingat-pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam kepada 390 orang penerima bersempena Hari Keputeraan Baginda ke-76 tahun di Balai Singgahsana Indera Kenchana, Istana Nurul Iman, kelmarin.

    Berangkat mengurniakan pingat-pingat kehormatan selaku wakil peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

    Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik.

    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah semasa berkenan mengurniakan pingat – Gambar oleh Infofoto

    Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Isnin.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda