Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    3P NBD erat silaturahim komuniti seni

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 APRIL – Persatuan Penyanyi, Penari dan Pemuzik Negara Brunei Darussalam (Persatuan 3P NBD), baru-baru ini, telah mengadakan acara 3P Berbuka Puasa 2024 di OCKRA Cafe Menglait, Gadong.

    Antara lain tujuan acara itu diadakan adalah untuk mengeratkan dan memperkukuhkan lagi hubungan persahabatan di samping mengambil perhatian dalam perkembangan insan seni termasuk artis veteran dan artis yang baharu.

    Turut hadir pada acara tersebut ialah Penasihat Agung Persatuan 3P NBD, Mejar (B) Haji Manaf Haji Kamis; Yang Dipertua Persatuan 3P NBD, Hajah Sa’adiah binti Haji Ghazali selaku serta ahli jawatankuasa serta ahli-ahli persatuan berserta keluarga.

    Ahli-ahli Persatuan 3P NBD yang hadir pada acara tersebut bergambar ramai. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda