Jumaat, November 21, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    4 ahli RS lulus ujian tasmik

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 NOV – Dalam usaha Persatuan Aftercare Support Association (AFSA) menyantuni Rakan Seliaan (RS) untuk tingkatkan pengetahuan dan kemahiran menghafal Al-Quran, empat ahli RS telah berjaya melalui Ujian Tasmik Menghafal Al-Quran di Pusat Pengajian dan Penyebaraan Al-Quran (PPPQ)-MABIMS, di Ong Sum Ping, hari ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh AFSA, empati ahli RS tersebut adalah Fifi Azirah binti Mohd Arifin dan Muhammad Syukri bin Abdullah Sia @Sia Chin Chuin yang menghafal sebanyak lima juzuk, Hajah Masburah binti Haji Matali dengan hafalan dua juzuk serta Siti Nurulafiqah binti Jainuddin dengan hafalan satu juzuk.

    Ujian Tasmie Menghafal Al- Quran telah dilaksanakan di hadapan Jemaah Penal Juri PPPQ, MABIMS.

    Turut hadir bagi menyokong dan menyaksikan ujian tasmik berkenaan ialah Yang DiPertuan AFSA, Hajah Juhana binti Haji Mohd Jaya; Timbalan Yang DiPetua AFSA, Haji Mustapa bin Haji Masri; Setiausaha Agung AFSA, Haji Mahali bin Haji Hassan dan Pengarah Program dan Latihan AFSA,  Hajah Salmah binti Haji Mohd Noor.

    Mengulas mengenai projek berkenaan, Haji Mustapa mengharapkan agar projek itu akan terus berjaya dalam melahirkan ahli-ahli RS yang mengutamakan Al-Quran sebagai benteng dan azimat yang kuat bagi mengharungi kehidupan dengan lebih positif dan berjaya.

    Atas & Bawah: RS sedang melalui ujian tasmik berkenaan.

    Hajah Juhana bergambar ramai dengan ahliahli RS selepas ujian tersebut- Gambar serahan AFSA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda