Friday, September 20, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    4 anggota bomba cedera, enjin jatuh dari jambatan

    DALLAS , 22 JULAI – Enjin Penyelamat Bomba Dallas jatuh dari jambatan lebuh raya kelmarin dan mendarat di landasan kereta api di bawah, mencederakan empat anggota bomba, kata pegawai.

    Nahas berlaku sejurus selepas jam 6 pagi di Lebuhraya I-345, kata Kapten Penyelamat Bomba Dallas, Robert Borse. Beliau berkata punca kemalangan belum diketahui dan tiada maklumat sama ada kenderaan lain turut terlibat.

    Kesemua empat anggota bomba dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Baylor, di mana mereka dalam keadaan stabil pagi Ahad, kata Borse.

    Sebahagian daripada lebuh raya dan sistem rel Transit Rapid Kawasan Dallas telah ditutup selepas kemalangan itu.

    Imej di tempat kejadian menunjukkan enjin bomba yang terbalik di sisinya di tengah-tengah landasan DART, dikelilingi oleh anggota bomba. Sementara di atas, struktur papan tanda lebuh raya besar runtuh di empat lorong lebuh raya. – AP

    Sebuah trak bomba terbalik di sisinya di landasan kereta api di Dallas kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda