Oleh Ak Zaki Kasharan BANDAR SERI BEGAWAN, 29 NOV – Piala Dunia merupakan platform bagi para pemain untuk menunjukkan bakat mereka untuk memenangi hati para penonton dan juga pemilik kelab-kelab ternama di seluruh dunia. Tidak hairanlah banyak negara mengetengahkan bakat muda semasa perlawanan Piala Dunia diadakan dengan harapan untuk menyerlahkan bakat mereka di mata dunia.