SHANGHAI, 31 OGOS – ‘Empat bank terbesar’ China mengalami kemerosotan keuntungan luar biasa pada suku pertama tahun ini dengan dua syarikat gergasi minyaknya mencatatkan kerugian disebabkan pandemik.
Peruntukan pinjaman teruk meningkat ketika pandemik menghambat aktiviti perniagaan penduduk Cina, menyebabkan penguncupan bersejarah pada suku pertama dan menjejaskan ekonomi yang sudah pun dalam pertumbuhan lembap jangka panjang. Bloomberg News berkata kemerosotan keuntungan itu adalah yang terbesar dalam lebih sedekad bagi bank-bank yang dipantau rapi oleh kerajaan China. – AFP