Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    4 beradik antara korban bedilan Israel

    GAZA, 9 OGOS – Serangan peluru berpandu dan bedilan roket oleh tentera zionis Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak awal Sabtu lalu setakat ini dilaporkan telah mengorbankan sejumlah 44 nyawa, termasuk 15 remaja dan kanak-kanak berusia 4 hingga 18 tahun.

    Daripada angka itu, empat adalah adik-beradik daripada keluarga Najm, lapor Palestine News and Information Agency (WAFA).

    Empat beradik berkenaan; Jamil Najm al-Deen Najm (4 tahun), Jamil Ihab Najm (13 tahun), Mohammed Salah Najm (16 tahun) dan Hamed Haider Najm (17 tahun).

    Seorang rakan mereka Nazmi Fayez Abu Karsh (17 tahun) turut terkorban dalam serangan ganas itu, menurut WAFA.

    Fayez al-Halabi, 12, saksi terawal yang berada di tempat kejadian, yang juga rakan kepada mangsa menceritakan kepada WAFA, “Ketika itu (petang Ahad), mereka empat beradik sedang duduk mengelilingi kubur datuk mereka, Jamil, yang terletak di hadapan pintu rumah mereka di kem pelarian Jabalia, utara Gaza.

    “Seorang daripada mereka sedang menyiram kubur. Tiba-tiba sebutir peluru berpandu dari pesawat peninjau Israel jatuh ke atas mereka. Batu nisan yang tertera nama datuk mereka terbelah dua.

    “Mereka semua maut dalam keadaan ngeri dalam kejadian itu,” katanya dalam nada cemas bercampur esakan tangis.

    Melihat keadaan ngeri itu, beliau dan beberapa kanak-kanak lain pantas melarikan diri dari tanah perkuburan yang sememangnya adalah ‘taman permainan’ harian mereka.

    “Saya tidak akan lupa apabila melihat seorang daripada mereka melantun ke udara dan darah memercik di kubur. Saya melarikan diri dan ambulans pun tiba,” kata Al-Halabi. – Bernama

    Budak perempuan Rahaf Salman, 11, yang cedera dalam konflik terbaharu di antara Israel dan Palestin, menerima rawatan di sebuah hospital di kem pelarian Jabalia di utara semenanjung Gaza kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...