WELLINGTON, NEW ZEALAND, 23 JUN – Seorang lelaki yang mencederakan empat orang dalam serangan tikaman berjaya ditumpaskan oleh pejalan kaki di sebuah bandar New Zealand, hari ini, kata polis.
Komander Daerah Polis, Naila Hassan berkata serangan di Auckland itu dilakukan secara rambang dengan suspek telah ditahan.
Menurutnya, tidak ada petanda yang menunjukkan serangan itu adalah jenayah kebencian, disebabkan mangsa-mangsa berlainan jantina, etnik dan usia.
“Insiden itu berlaku dengan pantas, mujur anggota polis kami memberi respons segera, menangkap pesalah dan menghalang insiden selanjutnya berlaku menimpa komuniti kami,” kata Hassan.
Dia berkata semua mangsa mengalami kecederaan sederhana.
Orang ramai di kejiranan itu mula mengepung lelaki itu selepas dia memulakan serangannya dan menumpaskannya menggunakan tongkat, kata Naila. “Orang ramai bertindak sangat berani,” kata wanita itu.
Naila berkata lelaki itu telah membawa sebilah pisau besar dan mengalami kecederaan ketika dia ditumpaskan dan akhirnya dimasukkan ke hospital. – AP