Friday, April 18, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    4 cedera dalam serangan pisau di gim

    BERLIN, 19 APRIL – Polis sedang mencari seorang lelaki yang disyaki melakukan serangan pisau di sebuah gim di bandar Duisburg di barat Jerman yang menyebabkan empat orang cedera parah, kata pegawai hari ini.

    Tiga mangsa berada dalam keadaan amat serius, dan seorang lagi cedera tetapi tidak terlalu teruk, kata polis Duisburg di Twitter kelmarin. Mereka berkata keempat-empat mangsa merupakan warga Jerman tetapi tidak memberikan butiran lanjut.

    Pendakwa raya Duisburg berkata tiada perkembangan yang boleh dilaporkan dalam kes semalam. Pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan lebih daripada seorang penyerang terlibat, mengatakan bahawa ‘sekurang-kurangnya seorang penyerang sedang melarikan diri.’

    Polis berkata bahawa senjata tikaman atau pemotong telah digunakan dalam serangan di gimnasium yang dimiliki oleh John Reed Fitness. Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata, pihaknya amat kesal dengan kejadian itu dan berharap agar mangsa cepat sembuh.

    Bulan lalu, seorang lelaki bersenjata menyerbu acara keagamanaan di dewan bekas Jehovah Witness di bandar Hamburg di utara Jerman, membunuh enam orang sebelum membunuh dirinya sendiri selepas polis tiba. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda