Tuesday, May 13, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    4 cedera dalam tembakan roket di lapangan terbang

    TRIPOLI, 1 SEPT – Tembakan roket daripada pasukan yang setia kepada ketua Kalifa Haftar ke atas lapangan terbang yang satu-satunya berfungsi di bandar Libya telah mencederakan empat orang awam semalam, kata kerajaan diiktiraf PBB hari ini.

    Serangan itu berbetulan dengan ketibaan pesawat Libya yang dalam perjalanan dari Arab Saudi, yang membawa jemaah yang pulang dari Mekah. Tiga jemaah termasuk seorang wanita antara empat orang awam yang cedera, kata Wedad Abu Niran, jurucakap bagi kementerian kesihatan Kerajaan National Accord yang diiktiraf PBB.

    Pengarah Lapangan Terbang, Lotfi al-Tabib berkata landasan Mitiga musnah manakala Libyan Airlines terkena serpihan daripada serangan itu dan ditangguhkan untuk beroperasi.

    Operasi penerbangan telah ditangguhkan ‘sehingga notis selanjutnya,’ tambah Tabib. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda