Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    4 cedera kebakaran bangunan Tokyo

    TOKYO, 3 JULAI – Empat orang cedera dalam satu letupan dan kebakaran di sebuah bangunan pusat Tokyo, kata jabatan bomba di bandar itu, dengan rakaman menunjukkan api dan asap keluar dari sebuah kedai di tingkat dua.

    Kebakaran bermula di sebuah bangunan di kawasan restoran di daerah Shimbashi yang sibuk sekitar jam 3:20 petang.

    “Bunyi letupan juga kedengaran. Sebanyak 32 trak bomba berada di tempat kejadian,” kata jurucakap bomba kepada AFP, yang enggan namanya disiarkan.

    “Empat orang cedera, tiga daripadanya dalam keadaan sedar,” katanya sambil menambah tiada butiran lagi tersedia mengenai orang keempat.

    Pegawai sedang menyiasat punca kebakaran tersebut.

    “Bunyi itu memekakkan telinga. Seolah-olah sesuatu yang besar dijatuhkan dari atas bangunan ia adalah satu dentuman yang luar biasa,” kata seorang saksi lelaki kepada penyiar awam NHK.

    “Kepingan kertas bertaburan di persimpangan berhampiran. Dari cara ia bertaburan, saya serta-merta tahu ia adalah letupan,” katanya. – AFP

    Tempat kejadian kebakaran dipadamkan di kawasan Shimbashi di Tokyo pada 3 Julai. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda