SHAP, UNITED KINGDOM, 3 NOV – Empat individu cedera ringan selepas sebuah kereta api tergelincir pada awal pagi tadi susulan kejadian tanah runtuh di kawasan perbukitan terpencil di barat laut England, menurut perkhidmatan kecemasan dan perkhidmatan rel.
Puluhan penumpang dipindahkan dari kereta api perkhidmatan Avanti West Coast, yang berlepas dari Glasgow, Scotland ke London Euston pada jam 4:28 pagi, selepas tergelincir di Shap, Cumbria, pintu masuk ke kawasan pergunungan Lake District.
“Kejadian ini dipercayai berpunca daripada insiden tanah runtuh di kawasan yang sedang mengalami keadaan cuaca buruk dengan hujan lebat yang turut memburukkan keadaan,” kata Network Rail dalam satu kenyataan. – AFP


