Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    4 didakwa sindiket penipuan telefon

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JUN – Pendakwa telah menghadapkan seorang warga tempatan, dua orang penduduk tetap dan seorang warga Malaysia ke mahkamah untuk menghadapi pertuduhan pengubahan wang haram dalam kes yang dikaitkan dengan sindiket penipuan telefon.

    Chan Mun Yok, warga tempatan berusia 52 tahun, menghadapi dua pertuduhan membenarkan wang berjumlah $100,000, dipercayai hasil jenayah, dipindahkan ke akaun banknya pada 18 dan 19 Mei.

    Mek Keng Yuan, seorang penduduk tetap berusia 30 tahun, menghadapi pertuduhan menyerahkan wang berjumlah $105,600 daripada dana tercemar kepada orang lain antara 8 dan 22 Mei.

    Sementara itu, Thian Li Heng, warga Malaysia berusia 44 tahun, didakwa telah menyerahkan $105,600 dalam dana tercemar kepada orang lain pada 19 Mei.

    Manakala penduduk tetap berusia 28 tahun, Brian Chin Ken Chu telah didakwa menyerahkan dana tercemar $105,600 kepada orang lain.

    Gambar Canva

    Defendan dikemukakan dalam sebutan berasingan sehingga Khamis untuk menghadapi pertuduhan dalam sebutan yang dikendalikan oleh Majistret Harnita Zelda Skinner dan Syaffina Shahif.

    Pendakwa Siti Khalillah Hussin dan Syafina Abdul Hadzid telah memaklumkan dalam sebutan mahkamah bahawa pertuduhan akan dimuktamadkan dalam sebutan kes seterusnya.

    Dalam hal ini, pertuduhan mendakwa defendan mengetahui wang yang dikendalikan mereka telah tercemar, atau tidak memberikan pertimbangan yang cukup kepada sumber dana, atau tidak memberikan pertimbangan langsung.

    Mek Keng Yuan dan Brian Chin Ken Chu akan dihadapkan ke mahkamah pada 6 Julai depan manakala Chan Mun Yok dan Thian Li Heng akan hadir di mahkamah pada 10 Julai depan.

    Mek Keng Yuan diwakili Peguam Shazale bin Mohd Salleh dari firmanya sendiri manakala Brian Chin Ken Chu tidak diwakili pada sebutan mahkamah.

    Peguam bela Pengiran Shahyzul bin Pengiran Abdul Rahman dari LZ Hussain and Co kini mewakili Chan Mun Yok dan Lenny Rahman dari Tetuan HLR Law mewakili Thian Li Heng.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda