Monday, April 21, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    4 dipenjara seumur hidup terlibat sindiket penipuan telekomunikasi

    BEIJING, 24 FEB – Sebuah mahkamah di China menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas empat individu yang terlibat dalam kes penipuan telekomunikasi rentas sempadan, Xinhua memetik Mahkamah Agung Rakyat (SPC) hari ini.

    Menurut SPC, kesemua defendan meninggalkan China untuk menubuhkan sindiket penipuan telekomunikasi.

    Seorang daripada mereka yang dikenali dengan nama keluarga Yu, bertindak merekrut beberapa individu lain untuk melakukan jenayah tersebut di luar negara.

    Dalam satu lagi kes, seorang defendan dengan nama keluarga Yang sebelum ini pernah disabitkan atas kesalahan berkaitan penipuan telekomunikasi, dijatuhi hukuman berat selepas didapati mengulangi kesalahan sama.

    Sementara itu, dua individu dalam kes berasingan didapati merekrut kanak-kanak bawah umur untuk terlibat dalam aktiviti tersebut.

    Meskipun sekadar bertindak sebagai rakan subahat dan mengaku bersalah, mahkamah tetap mengenakan hukuman berat ke atas dua individu itu.

    Mahkamah turut memerintahkan wang yang diperoleh secara penipuan untuk dipulangkan, dan memberi jaminan bahawa wang yang dirampas akan diserahkan kepada mangsa dalam tempoh sewajarnya. – Bernama

    Gambar Fail
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda