Tuesday, July 15, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    4 ditahan curi kulit kayu tangar

    KOTA KINABALU, 18 NOV – Jabatan Perhutanan Sabah menahan empat warga asing yang didapati menebang dan me-ngambil kulit kayu tangar dari dua Hutan Bakau di Beluran dalam operasi yang dijalan-kan antara Khamis dan Sabtu lepas.

    Operasi itu turut membawa kepada rampasan lebih kurang tujuh hingga lapan tan kulit kayu tagar yang dianggar mencecah nilai RM70,000 hingga RM80,000.

    Pengarah Jabatan Perhutanan Sabah Datuk Mashor Mohd Jaini berkata dalam serbuan pertama pada di Hutan Simpan Bakau Paitan Jumaat lepas, pihaknya berjaya menahan dua lelaki warga asing yang sedang memunggah kulit tangar ke dalam bot. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda