Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    4 ditahan miliki barang tegahan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 JAN – Bahagian Penguatkua-saan Undang-undang, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) meneruskan lagi gerakan operasi menyasarkan dua lokasi berasingan pada 18 Januari lalu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh JKED, di sini, hasil daripada operasi gerakan yang dijalankan semasa pemeriksaan ke atas dua buah rumah di Rancangan Peruma-han Negara (RPN) Kampung Rimba, dua orang lelaki warganegara tempatan berumur 51 dan 62 tahun serta seorang wanita warganegara tempatan berumur 61 tahun telah ditahan.

    Kenyataan menyatakan bahawa mereka dipercayai memiliki barang-barang tegahan kastam iaitu 69 karton, 682 peket dan 31 batang rokok pelbagai jenis dan 10 kotak mercun serta wang tunai $3,578.50, S$6 dan SAR5 yang disyaki hasil daripada jualan barangan tegahan kastam.

    Sementara itu, kenyataan menyatakan bahawa pada hari yang sama, hasil gerakan yang dijalankan semasa pemeriksaan rumah di Kampung Perpindahan Seria, JKED telah berjaya menahan seorang wanita penduduk tetap berumur 74 tahun yang dipercayai memiliki barang-barang tegahan kastam iaitu tujuh peket rokok dan 342 liter minuman keras jenis tuak.

    Kesemua barangan tegahan berkenaan telah dirampas dan individu terlibat telah dibawa ke pejabat penguatkuasaan undang-undang untuk siasatan lanjut.

    JKED menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi mana-mana perundangan negara yang berkuat kuasa pada masa ini dan menghindar daripada melakukan kegiatan-kegiatan penyeludupan atau membawa masuk dan keluar barang-barang tegahan tanpa sebarang kebenaran daripada agensi-agensi berkepentingan yang mengawal barang-barang itu.

    Barang tegahan kastam yang ditemui semasa operasi gerakan tersebut. – Gambar serahan JKED
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...