BATON ROUGE, LA., 30 DIS – Pengawal Pantai AS menghabiskan masa berjam-jam mencari di perairan Louisiana ke atas empat orang mangsa dalam nahas helikopter yang terhempas setelah berlepas dari platform minyak kelmarin.
“Ia merupakan keputusan yang sukar untuk menangguhkan pencarian,” kata Penyelaras Misi Mencari dan Menyelamat Sektor Pengawal Pantai New Orleans, Lt. Cmdr. Kevin Keefe. Tidak jelas sama ada pencarian akan disambung semula hari ini.
Juruterbang dan tiga pekerja minyak itu turun di Teluk Mexico kira-kira pukul 8:40 pagi CST, kata Pegawai Kecil, Jose Hernandez, jurucakap Daerah ke-8 Pengawal Pantai, yang beribu pejabat di New Orleans.
“Setakat ini kami hanya menemui serpihan pesawat dan mangsa masih belum ditemui,” kata Hernandez.
Gambar serpihan yang dikeluarkan oleh Pengawal Pantai menunjukkan sekumpulan objek kuning silinder terapung di dalam air. – AP