NANJING, 25 Feb – Empat orang hilang selepas bot nelayan terbalik di Laut Kuning timur China, kata pihak berkuasa tempatan hari ini.
Pada sekitar pukul 9 pagi, empat anggota krew di atas kapal nelayan jatuh ke dalam air 12 batu nautika di luar pantai Binhai County, Wilayah Jiangsu.
Nelayan setempat menerima isyarat kecemasan di radio dan segera memaklumkan kepada pihak berkuasa.
Sejumlah 12 kapal telah mencari mereka yang hilang dalam kejadian tersebut. – Xinhua