Friday, November 15, 2024
33.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    4 juta orang putus bekalan air di Chile

    SANTIAGO, 27 Feb – Kejadian hujan ribut dan tanah runtuh di Chile telah mengorbankan empat orang dan mencemarkan sebatang sungai utama, memaksa pihak berkuasa memotong bekalan air minum kepada empat juta penduduk di ibu negara.

    Hujan lebat yang bermula pada hari Sabtu mendorong kejadian tanah runtuh dan batu-batu masuk ke sungai Maipo yang membekalkan kebanyakan rumah di ibu negara.

    “Kami bercakap mengenai 1.45 juta rumah yang akan terjejas oleh pemotongan bekalan air itu, yang akan menjejaskan keseluruhan atau sebahagian 30 daerah” Santiago, gabenor rantau itu Claudio Orrego memberitahu satu sidang media.

    Dia berkata pemotongan itu akan menjejaskan lebih daripada 60 peratus bandar itu yang memiliki 6.5 juta penduduk kira-kira 3.9 juta orang.

    Langkah itu mendorong kebanyakan orang untuk keluar membawa baldi dan kuali untuk mengambil air di paip-paip air kecemasan yang disediakan oleh pihak berkuasa.

    Banjir di Chile turut membawa lumpur yang memusnahkan beberapa buah rumah di sana. – AP
    Banjir di Chile turut membawa lumpur yang memusnahkan beberapa buah rumah di sana. – AP

    Kebanyakan lainnya berkejar ke pasar raya untuk membeli air botol.

    “Kami masih tidak tahu bila air minum boleh didapati semula,” ujar Orrego.

    “Kami tidak boleh memberi jaminan penyambungan semula perkhidmatan itu sehingga Sungai Maipo kembali bersih.”

    Pihak berkuasa mengarahkan restoran-restoran dan perniagaan-perniagaan tanpa air minum untuk kekal ditutup.

    Mereka juga menangguhkan permulaan pengajaran bagi penggal baru sekolah hari ini.

    Kementerian dalam berkata empat orang diketahui telah meninggal dunia dan enam lagi hilang berikutan hujan tersebut.

    Kejadian hujan ribut melanda berdekatan sungai itu di kawasan luar timur Santiago. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda