Saturday, July 26, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    4 juta pil Captagon disorok dalam paip air dirampas

    KUWAIT CITY, 24 JULAI – Pihak berkuasa Kuwait merampas hampir empat juta pil Captagon dengan nilai pasaran dianggarkan berjumlah AS$39.3 juta, lapor Xinhua.

    Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri yang dimuat naik di platform media sosial X kelmarin, rampasan itu hasil operasi bersama oleh Direktorat Jeneral Kawalan Dadah, Pentadbiran Am Kastam dan Pasukan Bomba Am negara itu.

    Pihak berkuasa menerima maklumat mengenai cubaan menyeludup sejumlah besar pil Captagon menggunakan kaedah yang inovatif. Pil berkenaan disembunyikan secara licik di dalam paip industri yang digunakan untuk rawatan air. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda