Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    4 kanak-kanak maut dalam kebakaran

    BELGRADE, SERBIA, 5 MAC – Kebakaran di bandar barat daya Serbia telah mengorbankan empat kanak-kanak dan mencederakan ibu bapa mereka, kata polis hari ini.

    Kebakaran berlaku sekitar jam 7 pagi di salah sebuah pangsapuri di bangunan kediaman di Novi Pazar, kira-kira 200 kilometer barat daya Belgrade.

    Polis berkata anggota bomba tiba di tempat kejadian dalam beberapa minit selepas dimaklumkan tetapi apartmen itu sudah terbakar.

    Anggota bomba menemui kesemua kanak-kanak itu dalam satu bilik. Mereka nampaknya mati akibat keracunan karbon monoksida, menurut satu kenyataan.

    Ibu bapa berada di bilik lain dan telah dimasukkan ke hospital, kata polis. Akhbar Novosti melaporkan mereka melecur teruk.

    Tidak dapat dipastikan punca kebakaran itu.

    “Walaupun anggota bomba bertindak pantas dan tiba di tempat kejadian, nampaknya api telah meletus lebih awal kerana ia berada di peringkat awal,” kata polis. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda