SYDNEY, 2 FEB – Seorang pemandu yang dipercayai mabuk telah didakwa dengan 20 kesalahan termasuk penyebab kematian manusia selepas sebuah kenderaan pacuan empat roda melanggar tujuh kanak-kanak di laluan tepi jalan Sydney, membunuh empat dan mencederakan mangsa kelima.
Kanak-kanak tersebut sedang berjalan hendak membeli aiskrim apabila mereka dirempuh malam semalam oleh kenderaan yang dipandu oleh Samuel Davidson, kata polis.
Tiga daripada kanak-kanak itu terbunuh merupakan adik-beradik dan abang mereka dibawa ke hospital dalam keadaan parah. Kanak-kanak keempat yang terbunuh adalah anak perempuan kepada sepupu ayah mereka.
Ayah mereka, Danny Abdallah, memberitahu para wartawan hari ini dia merasa sangat sedih.
“Saya tidak tahu apa nak dikatakan. Saya terkejut. Apa yang ingin saya katakan, para pemandu, tolong berhati-hati,” kata Abdallah.
“Kanak-kanak ini hanya berjalan dan berseronok antara satu sama lain….dan saya bangun pagi ini telah kehilangan tiga anak,” tambahnya.
Anaknya, Antony, 13, Angelina, 12 dan Sienna, 9, telah terkorban. Abang mereka berusia 10 tahun dalam keadaan parah namun keadaannya stabil.
Abdallah dan isterinya Leila mempunyai enam orang anak. Katanya, sepupunya kehilangan anak berusia 11 tahun, Veronique Sakr.
Dua budak perempuan lain masing-masing berusia 10 dan 13 tahun mengalami cedera ringan, kata pihak berkuasa.
Davidson ditangkap di tempat kejadian kelmarin dan masih dalam tahanan.
Dia dijatuhi sebanyak 20 tuduhan termasuk empat penyebab kematian orang, telah dibacakan di mahkamah Sydney hari ini. – AFP